Sunday, 25 March 2018

PERTOLONGAN ALLAH ITU PASTI


MENASIHATI

MENURUT ISLAM, 5 LANGKAH MENEGUR KESALAHAN ORANG LAIN


·        Memberi Kesedaran

Membantu seseorang itu sedar akan kesan buruk yang boleh berlaku jika dia tetap melakukan kesalahan itu. Melalui Allah s.w.t berfirman: "Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah at-Taubah: 115)

·       Menyampaikan Nasihat

Memberi nasihat memang perlu sekiranya seseorang itu melihat oran lain melakukan kesalahan. Cara menyampaikan nasihat dilakukan Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya dimana seorang pemuda melakukan zina. Selain itu, semasa Rasullah s.a.w menasihati orang Arab yang kencing di Masjid. Ia menunjukkankan bahawa nasihat adalah cara menegur sebelum apa-apa tindakan lain.

·         Peringatan Keras/Kecam

Peringatan secara keras atau kecaman hanya perlu dilakukan sekiranya nasihat secara lisan tidak berkesan ke atas orang yang melakukan kesalahan. Ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu dengan memberi kecaman hanya jika tiada cara lain dan jika nasihat secara halus tidak dapat mempengaruhi si pelaku kesalahan.

·         Dengan Kekuatan/Tangan

Sekiranya dua langkah sebelum ini tidak diendahkan, tindakan dengan menggunakan tangan (memukul) perlulah dilakukan. Walau bagaimanapun, orang yang menggunakan kuasa itu haruslah seseorang yang tidak melakukan kesalahan yang sama. Penting untuk diketahui bahawa hukuman secara memukul hanya dilakukan mengikut keperluan dan tidak berlebihan.


       Mendoakan

Akhir sekali, sekiranya memberi kesedaran, menasihati secara lisan, kecaman dan memukul tidak berjaya merubah seseorang itu, cara yang akhir sekali adalah dengan mendoa kepada Allah s.w.t untuk kebaikan orang itu. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang boleh merubah seseorang itu dan sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengampun.


TIRU MENIRU AMALAN MULIA

Pelbagai cerita dan berita yang menyapa di halwa telinga masyarakat tentang trend tiru meniru ini. Sebagai contoh trend melukis kening, trend hijabister memakai turban dan sebagainya. Perkara seperti ini acapkali berlaku dikalangan wanita remaja mahupun wanita berkerjaya. Bahkan kanak kanak yang masih bersekolah rendah juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Bagi mereka trend seperti ini sudah biasa dan dianggap UP-TO-DATE.

Namun, pernahkah kita terfikir atau terlintas di benak pemikiran bahawa meniru ini merupakan satu perbuatan yang mulia sekiranya diletakkan ditempat yang sepatutnya. Apakah yang dimaksudkan dengan baiknya perbuatan meniru ini? Acapkali kita mendengar bahawa meniru bukanlah satu perkara yang baik untuk dilakukan tetapi berbeza pula pada kali ini.

Tidak salah untuk meniru bahkan tirulah apa pun asalkan kena pada gaya dan tempatnya. Jika kita meniru perkara yang baik dan ia mendatangkan manfaat kepada kita dan orang lain. Maka tirulah perbuatan tersebut. Sebagai contoh, kita meniru perbuatan mulia yang diketengahkan oleh masyarakat masa kini seperti menabung untuk kegunaan masa hadapan, meniru orang yang suka dengan budaya membaca dan secara tidak langsung ia memberi manfaat kepada diri kita untuk menjadi orang yang berilmu dan berpengetahuan luas dan sebagainya. Jadi, bukankah ia satu perbuatan meniru yang baik?

Oleh itu, kalau kita tiru perkara yang baik dengan cara yang buruk, ia tetap memberi pengaruh yang buruk. Tetapi, kalau kita tiru perkara yang baik dengan cara yang baik maka ia memberikan pengaruh yang baik seperti qudwah hasanah. Jadi, meniru itu Mulia Jika Betul Caranya.

Bak kata Albert Schweitzer Lakukan SESUATU yang baik, orang mungkin akan MENIRUNYA