Sunday, 25 March 2018

TIRU MENIRU AMALAN MULIA

Pelbagai cerita dan berita yang menyapa di halwa telinga masyarakat tentang trend tiru meniru ini. Sebagai contoh trend melukis kening, trend hijabister memakai turban dan sebagainya. Perkara seperti ini acapkali berlaku dikalangan wanita remaja mahupun wanita berkerjaya. Bahkan kanak kanak yang masih bersekolah rendah juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Bagi mereka trend seperti ini sudah biasa dan dianggap UP-TO-DATE.

Namun, pernahkah kita terfikir atau terlintas di benak pemikiran bahawa meniru ini merupakan satu perbuatan yang mulia sekiranya diletakkan ditempat yang sepatutnya. Apakah yang dimaksudkan dengan baiknya perbuatan meniru ini? Acapkali kita mendengar bahawa meniru bukanlah satu perkara yang baik untuk dilakukan tetapi berbeza pula pada kali ini.

Tidak salah untuk meniru bahkan tirulah apa pun asalkan kena pada gaya dan tempatnya. Jika kita meniru perkara yang baik dan ia mendatangkan manfaat kepada kita dan orang lain. Maka tirulah perbuatan tersebut. Sebagai contoh, kita meniru perbuatan mulia yang diketengahkan oleh masyarakat masa kini seperti menabung untuk kegunaan masa hadapan, meniru orang yang suka dengan budaya membaca dan secara tidak langsung ia memberi manfaat kepada diri kita untuk menjadi orang yang berilmu dan berpengetahuan luas dan sebagainya. Jadi, bukankah ia satu perbuatan meniru yang baik?

Oleh itu, kalau kita tiru perkara yang baik dengan cara yang buruk, ia tetap memberi pengaruh yang buruk. Tetapi, kalau kita tiru perkara yang baik dengan cara yang baik maka ia memberikan pengaruh yang baik seperti qudwah hasanah. Jadi, meniru itu Mulia Jika Betul Caranya.

Bak kata Albert Schweitzer Lakukan SESUATU yang baik, orang mungkin akan MENIRUNYA



No comments:

Post a Comment