Tuesday, 27 March 2018
BERSYUKUR . NIKMAT .
Syukur
dari segi bahasa adalah pujian bagi orang yang memberikan kebaikan, atas
kebaikannya tersebut. manakala, dari segi istilah, syukur adalah
menunjukkan adanya nikmat Allah pada dirinya. Dengan melalui lisan, yaitu
berupa pujian dan mengucapkan kesadaran diri bahwa ia telah diberi nikmat. Dengan
melalui hati, berupa persaksian dan kecintaan kepada Allah. Melalui anggota
badan, berupa kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.
Lawan dari syukur adalah
kufur nikmat, iaitu enggan menyedari atau mengingkari bahawa nikmat yang dia
dapati adalah dari Allah Ta’ala. Sepertimana yang dikatakan didalam al-
Quran:
“Sungguh
harta dan kenikmatan yang aku miliki itu aku dapatkan dari ilmu yang aku
miliki”
(QS.
Al-Qashash: 78).
Ujian Dari Allah Buat Hambanya
Hari
terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring
dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni
yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia
sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian
yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk
dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap
kemampuannya.
“Allah tidak membebani
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang
diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
(Al-Baqarah: 286)
ALLAH
telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan
sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui
kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian
itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya
ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH
benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih
kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan
bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Hakikatnya
saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana
yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan
manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang
tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini
dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.
“Kenapa aku yang diuji? “
“Mengapa aku diuji sebegini?”
“Ujian ini sangat berat. Aku
tak mampu…”
Mungkin
ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di
fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala
tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA kerana menghujani
kita dengan pelbagai ujian. Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan
bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita
adalah hamba yang beruntung. Mengapa saya katakan begitu? Kerana
ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.
Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama
ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam
Al-Quran:
Adakah patut kamu menyangka
bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan
cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum
kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan
penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah
Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya)
pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Sebagai
manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan
muncul tiba. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita
sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian
yang bakal menyapa itu.
Jika
direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari
yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang
bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah?
Manusia
itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai
dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi
apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan
ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita
itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.
Allah
Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang
dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang
hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian.
Apa
yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah
bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang
dijelaskannya di dalam Al-Quran:
Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang
mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut: 2)
Justeru,
marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk
yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji.
Inilah
saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan
mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘
hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan.
Apabila
kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba
yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.
Sunday, 25 March 2018
Sifat Seorang Pendakwah
Sifat-sifat
seorang pendakwah boleh dikaitkan dengan akhlak iaitu perilaku yang sejajar
dengan kehendak Islam seperti yang diterangkan di dalam al-Quran dan dijelaskan
oleh Rasulullah dalam sunnah baginda.
Pendakwah
adalah pembawa berita baik (bashir) dan berita menakutkan (nazir).
Mereka merupakan pewaris kepada ulama dan para nabi (a.s.) yang
bertanggungjawab menyampaikan kebenaran ajaran Islam. Oleh itu, para pendakwah
perlu mempunyai sifat-sifat yang terpuji supaya menjadi ikutan baik
kepada mad’unya. Sekiranya mereka tidak berada di dalam tempat yang
selayaknya dalam memikul beban dakwah daripada akhlak yang mulia dan
sifat-sifat yang terpuji, maka sudah tentu semua manusia tidak mahu menerima
dakwah mereka, bahkan menjadikan semua manusia lari daripada pendakwah daripada
diajak ke arah kebaikan.
Berikut
adalah sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pendakwah :
·
Benar
Sifat
benar dalam berdakwah adalah merupakan asas segala keutamaan dan sumber
kepercayaan. Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan supaya bersifat
benar. Sifat benar yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga aspek iaitu hati,
perkataan dan perbuatan. Benar dengan hati bererti ingin menuntut keredhaan
Allah semata-mata, bukan sekadar ingin, mencipta nama, mendapat pangkat dan
harta. Benar dengan perkataan menunjukkan bahawa lidahnya hanya menuturkan
kata-kata yang benar sahaja dan menjauhkan kata-kata yang batil. Secara tidak
langsung, perbuatan yang terzahir juga tidak mencurigakan dan bukan sekadar
lakonan, malah perbuatannya terpancar kebaikan.
·
Sabar
Sabar
merupakan sebahagian daripada iman dan merupakan salah satu dari ciri-ciri
orang yang beriman. Di dalam al-Quran, Allah telah memerintahkan supaya manusia
berlaku sabar. Sabar menurut bahasa ialah menahan dan mencegah, manakala
istilah syara’ ialah terbahagi kepada tiga perkara iaitu, sabar dalam ketaatan,
sabar dari kemaksiatan, dan sabar dalam menghadapi kesukaran dan ujian. Sabar
dalam ketaatan bermaksud sentiasa memelihara ketaatan, ikhlas dalam
mengerjakannya dan berdakwah sesuai dengan apa yang diperintahkan syara’.
Sabar
dari kemaksiatan pula bererti meninggalkan kemaksiatan dan kejahatan.
Perkara ini boleh tercapai apabila perasaan takut kepada Allah telah tertanam
dalam lubuk hati akibat cinta kepada Allah melebihi cinta daripada selain-Nya.
Di samping itu, kesabaran ini mampu mengekalkan keimanan dan mengelakkan diri
daripada bergelumang dengan dosa. Sabar
dalam menghadapi kesukaran dan ujian bermaksud meninggalkan rasa benci dan
keluh kesah di dalam hati serta mengadukan nasibnya kepada orang lain.
Pengaduan hanya kepada Allah Yang Maha Esa kerana itu lebih bermakna dan
hakiki. Sifat
sabar sangat penting bagi pendakwah kerana golongan ini perlu bersabar kepada
dua perkara iaitu sabar untuk berjuang melawan nafsu diri sendiri dengan selalu
membuat perkara kebaikan dan menjauhkan diri dari berbuat maksiat. Pendakwah
juga perlu bersabar untuk berjuang di dalam lapangan dakwahnya iaitu
menyeru dan mengajak umat manusia untuk melaksanakan ajaran Islam.
·
Kasih Sayang
Sifat
lain yang terpenting yang perlu ada pada pendakwah ialah kasih sayang.
Pendakwah harus mempunyai hati yang lembut yang penuh dengan kasih sayang
kepada setiap orang dan mereka perlu mengasihi manusia umpama dia mengasihi
dirinya sendiri. Sebagai contoh analogi seorang ayah mengasihi anaknya ialah
dengan menghindarkan anaknya dari kebinasaan dan berusaha dengan sepenuh hati
untuk menyelamatkan anaknya. Pendakwah yang bersifat kasih sayang tidak akan
berhenti dakwahnya serta tidak akan berputus asa jika dakwahnya ditolak kerana
mengetahui akan kejahilan orang yag didakwahkannya.
·
Tawadduk
Fadhil
bin ‘Iyad memberi maksud tawadduk sebagai merendah diri dan menerima kebenaran
dan bersedia mengikutinya, sekalipun nasihat itu dari orang yang jahil. Oleh
itu, pendakwah memerlukan sifat tawadduk dalam diri mereka kerana sifat ini
membantu melicinkan gerak kerja dakwah kerana mad’u tidak akan menerima
perkataan dan nasihat dari orang yang sombong walaupun apa yang dikatakannya
adalah benar, malah boleh menyebabkan timbul rasa benci kepada pendakwah.
MENASIHATI
MENURUT ISLAM, 5 LANGKAH MENEGUR KESALAHAN ORANG LAIN
· Memberi Kesedaran
Membantu seseorang
itu sedar akan kesan buruk yang boleh berlaku jika dia tetap melakukan
kesalahan itu. Melalui Allah s.w.t berfirman: "Dan Allah sekali-kali tidak
akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka
hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah at-Taubah: 115)
· Menyampaikan Nasihat
· Menyampaikan Nasihat
Memberi nasihat
memang perlu sekiranya seseorang itu melihat oran lain melakukan kesalahan.
Cara menyampaikan nasihat dilakukan Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya dimana
seorang pemuda melakukan zina. Selain itu, semasa Rasullah s.a.w menasihati
orang Arab yang kencing di Masjid. Ia menunjukkankan bahawa nasihat adalah cara
menegur sebelum apa-apa tindakan lain.
· Peringatan Keras/Kecam
· Peringatan Keras/Kecam
Peringatan secara
keras atau kecaman hanya perlu dilakukan sekiranya nasihat secara lisan tidak
berkesan ke atas orang yang melakukan kesalahan. Ia boleh dilakukan dengan dua
cara iaitu dengan memberi kecaman hanya jika tiada cara lain dan jika nasihat
secara halus tidak dapat mempengaruhi si pelaku kesalahan.
· Dengan Kekuatan/Tangan
· Dengan Kekuatan/Tangan
Sekiranya dua langkah
sebelum ini tidak diendahkan, tindakan dengan menggunakan tangan (memukul)
perlulah dilakukan. Walau bagaimanapun, orang yang menggunakan kuasa itu
haruslah seseorang yang tidak melakukan kesalahan yang sama. Penting untuk
diketahui bahawa hukuman secara memukul hanya dilakukan mengikut keperluan dan
tidak berlebihan.
Mendoakan
Akhir sekali,
sekiranya memberi kesedaran, menasihati secara lisan, kecaman dan memukul tidak
berjaya merubah seseorang itu, cara yang akhir sekali adalah dengan mendoa
kepada Allah s.w.t untuk kebaikan orang itu. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t
yang boleh merubah seseorang itu dan sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha
Pengampun.
TIRU MENIRU AMALAN MULIA
Pelbagai cerita dan berita yang menyapa di halwa telinga masyarakat tentang trend tiru meniru ini. Sebagai contoh trend melukis kening, trend hijabister memakai turban dan sebagainya. Perkara seperti ini acapkali berlaku dikalangan wanita remaja mahupun wanita berkerjaya. Bahkan kanak kanak yang masih bersekolah rendah juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Bagi mereka trend seperti ini sudah biasa dan dianggap UP-TO-DATE.
Namun, pernahkah kita terfikir atau terlintas di benak pemikiran bahawa meniru ini merupakan satu perbuatan yang mulia sekiranya diletakkan ditempat yang sepatutnya. Apakah yang dimaksudkan dengan baiknya perbuatan meniru ini? Acapkali kita mendengar bahawa meniru bukanlah satu perkara yang baik untuk dilakukan tetapi berbeza pula pada kali ini.
Tidak salah untuk meniru bahkan tirulah apa pun asalkan kena pada gaya dan tempatnya. Jika kita meniru perkara yang baik dan ia mendatangkan manfaat kepada kita dan orang lain. Maka tirulah perbuatan tersebut. Sebagai contoh, kita meniru perbuatan mulia yang diketengahkan oleh masyarakat masa kini seperti menabung untuk kegunaan masa hadapan, meniru orang yang suka dengan budaya membaca dan secara tidak langsung ia memberi manfaat kepada diri kita untuk menjadi orang yang berilmu dan berpengetahuan luas dan sebagainya. Jadi, bukankah ia satu perbuatan meniru yang baik?
Oleh itu, kalau kita tiru perkara yang baik dengan cara yang buruk, ia tetap memberi pengaruh yang buruk. Tetapi, kalau kita tiru perkara yang baik dengan cara yang baik maka ia memberikan pengaruh yang baik seperti qudwah hasanah. Jadi, meniru itu Mulia Jika Betul Caranya.
Bak kata Albert Schweitzer Lakukan SESUATU yang baik, orang mungkin akan MENIRUNYA
Subscribe to:
Posts (Atom)